.

.

Pemilihan pemain skuad Liga FAM 2014

Mohd Fauzi dijangka mengetuai jentera serangan Melaka United bagi musim 2014.
Pasukan bakal berwajah baru, Melaka FA bakal mengadakan sesi pemilihan pemain untuk skuad Liga FAM musim 2014. Sesi pemilihan bakal diadakan pada tarikh berikut : -

                                      Tarikh          : 4, 5 dan 6 Oktober 2013
                                       Masa           :  4.00 - 6.00 petang
                                       Tempat        : Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka

Dengan Kongres Tahunan MAFA masih belum adakan, masih timbul keraguan dikalangan pemain-pemain mengenai kredibiliti pengurusan baru seperti yang digembar-gemburkan media. Pastinya, mereka tidak mahu skrip sama berulang saban tahun. Isu pengurusan yang teruk, kelewatan bayaran gaji dan berbagai lagi isu yang sudah sinonim dengan MAFA tentunya membuatkan peluang untuk mengikat pemain berkualiti semakin sukar.

Namun, itu bukanlah alasan kepada anak-anak Melaka yang berbakat besar untuk mencuba nasib bersama Melaka. Pastinya janji perubahan yang dibangkitkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron boleh dipegang dengan beberapa langkah awal telah dilakukan beliau dalam usaha merealisasikan hasrat anak Melaka yang mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak Melaka.

Jom turun ke Hang Jebat dan buktikan potensi diri anda bersama pasukan Melaka. Gegau Melaka Gegau!

Foto: FAM
Powered by Blogger.