.

.

11 PASUKAN HANGATKAN LIGA FAM MUSIM 2014

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com


Melaka bakal mengharungi 20 perlawanan sepanjang kempen Liga FAM 2014 nanti. Mengikut senarai rasmi pasukan bertanding yang dikeluarkan FAM, terdapat 11 pasukan mengambil bahagian. Terdapat dua persatuan negeri yang bertanding, Melaka United dan Kuala Lumpur. Selebihnya merupakan pasukan kelab dari segenap pelusok tanahair.

Merujuk kepada senarai, tujuh dari sebelas pasukan dikekalkan dari musim lalu iaitu Melaka United, Harimau Muda C, Perak YBU, PB Melayu Kedah, Kuantan FA, Shahzan Muda, Sabah Ceebagoo FC dan selebihnya pasukan baru serta pasukan yang mengalami penurunan divisyen.

Antara pesaing baru Liga FAM adalah seperti Kuala Lumpur FA, PB Hulu Terengganu, Sungai Ara FC dan Majlis Sukan India Malaysia. 

SUNGAI ARA FC... antara bakal menjadi pesaing utama merebut tahta kejuaraan Liga FAM 2014. Foto: Sungai Ara FC
Walau siapapun lawan yang bakal ditentang, diharapkan anak buah Latko Tatkovic bersedia dengan ramuan ampuh bagi membawa Melaka United kembali ke Liga Perdana sekaligus mencapai sasaran pasukan musim ini. Semoga ganjaran ke Old Trafford yang dijanjikan penaja, Mamee bakal menjadi tonik terbaik bagi merealisasikan hasrat penyokong untuk mengembalikan kegemilangan tahun 1983!

Berikut merupakan gelanggang pasukan yang bertanding di Liga FAM 2014:-

Cebagoo FC (Std. UMS, Kota Kinabalu)
Harimau Muda C (Wisma FAM, Kelana Jaya)
PB Hulu Terengganu @ Hanelang FC (Kuala Terengganu)*
Melaka United (Std. Hang Jebat, Paya Rumput)
Kuantan FA (Std.Darulmakmur, Kuantan)
Kuala Lumpur (Std.KLFA, Cheras)
MIFA (Lembah Klang)*
PB Melayu Kedah (Std.Mini Jitra)
Shahzan Muda FC (Std. Temerloh)
Sungai Ara FC (Std.Mini Sg.Ara)
Perak YBU FC (Std.Perak, Ipoh)

* Belum dapat dipastikan lokasi tuan rumah.

Powered by Blogger.