.

.

LIGA FAM 2014: KUALA LUMPUR 3-1 MELAKA UNITED

MELAKA UNITED... kesebelasan utama Melaka United menentang Kuala Lumpur: Foto MUSA
Melaka United ke Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan misi mengutip 3 mata penuh menetang pendahulu Liga FAM, Kuala Lumpur. Jurulatih, Latko Tatkovic melakukan sedikit perubahan dengan Mohd Bidaus diletakkan sebagai benteng terakhir Melaka United, menggantikan Khairul Izwan yang tercedera sambil pertahanan kental, Ahmad Khuzaimi 'Jimmy' kembali mengemudi benteng pertahanan Melaka United.

Melaka United memperolehi gol di awal perlawanan menerusi pemain sayap K.Rajan pada minit ke-8 perlawanan.Kuala Lumpur bangkit menggadakan asakan dan berjaya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-28 menerusi tandukan Chairi Emir hasil dari sepakan sudut.

Perlawanan selepas itu seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak namun gagal menghasilkan sebarang gol sehingga tamat separuh masa pertama.

KUALA LUMPUR... pendahulu Liga FAM 2014. Foto: MUSA
Kuala Lumpur bermula garang pada babak kedua apabila berjaya mendahului menerusi jaringan Syazwan M. Rani pada minit ke-48. Gol tersebut hadir sekali lagi dari gerakan bola mati, sepakan sudut dari sebelah kanan gawang Melaka United. 

Anak buah Tan Siew Seng berjaya menggadakan jaringan pada minit ke-82 meneruskan percubaan deras Muhd Faris, yang gagal ditepis penjaga gol, Mohd Bidaus. Keputusan itu kekal dan memberikan Melaka United kekalahan kedua musim ini selepas mengharungi empat perlawanan. Bangkitlah, Jangan Terus Dihina!

Kuala Lumpur: Hafiz Arbaen, Noor Azizi, Romdhizat, Mughilan Kartik, Chairil Emmir, Syafiq Johari, B.Prabaharan, Zulkifli Affendi, Muhd Taufiq, Syazwan Rani, S.Harivarman

Melaka United: Bidaus, Rahim Bakar, Sathiya, Jimmy, Farid Saibun, K.Rajan, Rashid Mamud (KP), Amir Shahreen, Asyrul Wahab, Shaizil Japarey,Yusri Abas

Kedudukan terkini liga yang diambil dari page Liga FAM:-

Powered by Blogger.