Header Ads

LIGA FAM 2014: MELAKA UNITED 1-1 PB MELAYU KEDAH

SYAIZIL... penjaring gol tunggal Melaka United.
Aksi hambar berterusan dipamerkan pasukan Melaka United dalam kempen Liga FAM musim ini. Kali ini, anak buah Latko Tatkovic terpaksa berputih mata menyaksikan pasukan pelawat, Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PB Melayu Kedah) pulang dengan satu mata berharga.

Melaka United sewajarnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan segala peluang yang ada, sambil kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bagai tidak bermakna kepada tuan  rumah. Genggam bara api biar sampai jadi arang, namun ianya tidak disemat di dalam diri pemain sebaliknya mereka seakan hangat-hangat taik ayam, sekadar cemerlang dalam pramusim dan hampir terkulai di awal perjuangan.

HAMBAR... Melaka United gagal mengutip mata penuh di gelanggang sendiri.
Adalah menjadi sesuatu yang klise apabila Melaka United gagal menjaringkan gol di separuh masa pertama tetapi alasan itu tidak relevan apabila pasukan ini menetang pasukan yang berstatus kelab ini. Kegagalan menyempurnakan peluang dalam perlawanan wajib menang pastinya dihadiahkan dengan kejutan.

Pasukan yang berbajet besar ini hanya memperolehi gol tunggal mereka pada minit ke-77 oleh penyerang, Muhamad Syazil Japery sebelum desifit gol tersebut berjaya dipadam PB Melayu Kedah pada akhir permainan hasil gerakan bola mati yang disempurnakan Muhamad Rizuan.

Keputusan tersebut tidak mengubah kedudukan Melaka United di kedudukan kelapan liga dengan lima mata dari lima perlawanan dengan pendahulu masih kekal milik Kuala Lumpur dengan 12 mata, tujuh mata di hadapan Melaka United.

Melaka United: Khairul Izwan, Aroon Kumar, S.Sathiya, Wan Hossen, Ahmad Khuzaimi, K.Rajan, Rashid Mamud, Rahmat Neemat, Hasrul Nurkholi, Shaizil Japery, Yusri Abas.

PBM Kedah: Ahmad Norman, Syed Amir, Ahmad Basri, Mohamad Rozaidi, Syed Azlan, Kamal Azira, Muhd Shukri, Anis Muzakkir, Muhammad Nizam, Muhammad Hakimi, Muhammad Khidir.

Berikut merupakan kedudukan Liga FAM 2014 yang diambil dari page Liga FAM:-


Powered by Blogger.