Header Ads

LIGA FAM 2014: SHAHZAN MUDA 2-1 MELAKA UNITED

GOL... Amir Shahreen meraikan jaringan tunggal Melaka United sambil diperhatikan K.Rajan, malam tadi.
Gagal sekali tidak bererti takkan gagal lagi. Peganglah kata-kata itu wahai pemain Melaka United. Dalam aksi di Stadium Temerloh semalam, anak buah Latko Tatkovic harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan deretan peluang pada babak pertama.

Mendahului menerusi jaringan penyerang, Amir Shahreen Mubin pada minit ke-6, Melaka United selepas itu buntu menambah jaringan dengan ketumpulan penyudah dari barisan serangan amat mengecewakan.

Natijahnya, Shahzan Muda menghukum kealpaan benteng pertahanan Melaka United menerusi sepakan penalti Muhammad Helmi berpunca dari terjahan Jimmy ke atas pemain lawan.

Tindakan Jimmy yang mempertikaikan keputusan pengadil membawa padah apabila dia dilayangkan kad kuning kedua sekaligus memaksa Melaka United beraksi dengan 10 pemain.

Minit ke-78, gawang Melaka United bocor lagi kali ini menerusi Mohd Hariz Fazrin yang tenang menewaskan penjaga gol, Khairul Izwan pada situasi satu lawan satu.

Kegagalan mencatat kemenangan dalam dua perlawanan awal kempen Liga FAM 2014 membangkitkan kemarahan penyokong Melaka United yang mula meragui kemampuan pasukan bagi mencabar kejuaraan bagi layak ke Liga Perdana 2015.

Banyak yang perlu diperbaiki terutama dalam aspek penyudah dan ini perlu dipandang serius Latko jika beliau mahu kekal lama bersama skuad Sang Kancil ini. Tamat perlawanan, Shahzan Muda FC 2-1 Melaka United.

MELAKA UNITED XI: Khairul Izwan, Rahim Bakar, Jimmy, Sathiya, Farid Saibun, Wan Hossen, Rashid Mamud (kp), K.Rajan, Amirul Omar, Amir Shahreen, Yusri Abas.

Kedudukan Melaka United selepas dua perlawanan:-


Foto: FB Melaka United Soccer Association -MUSA
Powered by Blogger.