Header Ads

PRA PERLAWANAN: MELAKA UNITED LAWAN PERAK YBU FC

Melaka United bakal membuka kempen musim keempat di Liga FAM esok dengan melayan kunjungan pasukan berstatus kelab, Yayasan Bina Upaya Perak atau Perak YBU FC di Stadium Hang Tuah. 

Ini merupakan perlawanan kompetetif kedua Melaka United musim ini selepas tumbang di gelanggang sendiri 1-2 kepada Perlis FA dalam saingan Piala FA Januari lalu. 


Untuk itu, kemenangan adalah objektif utama pasukan bimbingan jurulatih dari Slovakia, Latko Tatkovic sebagai tonik untuk meraih kemenangan dalam perlawanan berikutnya. Dengan jadual perlawanan yang padat dalam Mac dan April ini, konsistensi dan kecergasan sangat dituntut dari anak buah Latko sepanjang pusingan pertama Liga FAM musim ini.

Rekod Pertemuan Melaka United menentang Perak YBU FC (Liga FAM 2013)

Melaka 2-1 Perak YBU FC 
Perak YBU FC 2-0 Melaka

Berdasarkan rekod pertemuan musim lepas, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang dalam kempen musim ini namun persiapan pasukan berpengkalan di Ipoh ini tidak banyak didedahkan sekaligus mencetuskan tanda tanya sejauh mana kemampuan anak buah Raja Azhar Raja Ayub ini.

Menurut laporan yang diterima, Perak YBU FC berjaya melakukan comeback apabila mengikat pasukan utama Perak FA, 2-2 dalam aksi persahabatan mereka walaupun pada suatu ketika ketinggalan 0-2 kepada pasukan lawan.

MELAKA UNITED

Dengan mengadakan 14 perlawanan pramusim 2014, pasukan ini sepatutnya telahpun bersedia bagi mencabar kejuaraan Liga FAM 2014. Sekadar mencatat 3 kemenangan, 6 seri dan 5 kekalahan, ia bukanlah satu pramusim yang cukup baik untuk Melaka United.

Pasukan ini telah dirombak hampir 90 peratus dari pemain musim lepas dan memerlukan masa bagi membentuk keserasian dan kerjasama. Namun, itu bukan alasan kerana jumlah perlawanan persahabatan yang diadakan sebenarnya telah cukup bagi mendapatkan keserasian antara pemain.


Apa yang diharapkan untuk perlawanan esok, pemain-pemain utama seperti Rashid Mamud, Wan Hosen, Khairul Izwan, Jimmy, K.Rajan dan Yusri Abas yang dibantu pemain lain mampu menjelmakan kemenangan buat pasukan. Gegau Melaka Gegau!

Barisan Kemungkinan: Khairul Izwan, Rahim Bakar, Jimmy, Sathiya, Wan Azwari, Wan Hosen, K.Rajan, Rashid Mamud, Saiful Mustafa, Yusri Abas, Atif Hanif.

Foto: FB Melaka United Soccer Association - MUSA
Powered by Blogger.