.

.

Harimau Muda C malukan Melaka United


Tewas sekali tidak semestinya tidak akan tewas lagi. Itulah nasib yang menimpa pasukan pilihan, Melaka United apabila tunduk 1-2 kepada Harimau Muda C, di Pusat Latihan Maybank, Bangi dekat sini hari ini.

Melaka United memperoleh gol pada awal permainan menerusi Ahmad Khuzaimi 'Jimmy' yang tenang menyempurnakan peluang dalam kotak penalti bagi memberikan pasukan pelawat gol pendahuluan. Hujan yang turun sejak sepak mula sedikit sebanyak merencatkan corak permainan dengan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang. Tamat separuh masa pertama, Melaka United mendahului menerusi jaringan Rahim Bakar pada minit ketiga.

TENANG... Jimmy menyepak masuk gol tunggal Melaka United.
Selepas rehat babak pertama, Tatkovic melakukan satu pertukaran meragukan apabila membawa keluar pertahanan, Jimmy dan memasukkan penyerang, Yusri Abas. Dilaporkan Jimmy dikeluarkan kerana kecederaan namun timbul persoalan mengapa pertahanan kiri, Farid Saibun tidak dimasukkan. Pertukaran taktikal tersebut membawa padah kepada Melaka United apabila pemain Harimau Muda C dilihat diberikan banyak ruang bergerak bebas di kawasan tengah, sekaligus menyekat penguasan pasukan pelawat.

HASRUL... masih gagal menyumbang sebarang gol.
Natijahnya, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi gerakan sepakan penjuru dari sebelah kiri gawang Khairul Efsan. Gol berpunca dari kesilapan pemain sayap, K.Rajan yang lemah mengeluarkan bola dari kotak penalti singgah ke kaki Muhammad Alif Haikal yang tenang menyempurnakan peluang di depan gol pada minit ke-56.

WAN HOSSEN... pemain terbaik Melaka dalam perlawanan.
Melaka United cuba bangkit mencari gol kemenangan sebaliknya kelekaan barisan pertahanan telah memberikan Harimau Muda C gol kedua menerusi Sean Eugene Selvaraj pada minit ke-70 selepas berjaya memperdaya pertahanan Melaka sebelum mudah menewaskan Khairul Efsan di gawang pelawat.

Serangan demi serangan yang diatur selepas itu gagal menemui sasaran, kebanyakkan liar dan akhirnya terpaksa pulang dengan tangan kosong. Persembahan separuh masa kedua amat mengecewakan dengan beberapa peluang keemasan menerusi Yusri Abas dinafikan Muhammad Azam dan sedikit tersasar.

YUSRI... menyaksikan tandukannya pada awal babak kedua sedikit tersasar.
Dengan kekalahan ketiga musim ini, Melaka United turun ke tangga ketiga dengan 14 mata, berkongsin mata dengan pasukan ditangga kedua, Kuala Lumpur FA dan tangga keempat, Cebagoo FC dan lima mata di belakang pendahulu, Kuantan FA, 19 mata. Bangkitlah dari terus dihina, Melaka! #GegauMelakaGegau #JuangSampaiMati.

HARIMAU MUDA C: Muhammad Azam, K. Kannan, Muhammad Raphi, Muhammad Mohd Fauzi, Mohd Amirul Nafizul, Muhammad Adib, Awang Ku Hamirullizam, Adam Shafiq, Muhammad Alif Haikal, S.Kumaahraan, Muhammad Syazwan Andik

Simpanan: Ahmad Syihan Hazmi, Muhammad Fauzan, Johar Adu, Mohd Shafiq Khor, Sanjef Dinesh, Sean Eugene Selvaraj, Shafiq Azreen

Penjaring gol: Muhammad Alif Haikal 56', Sean Eugene Selvaraj 70'


MELAKA UNITED: Khairul Efsan, Rahmat Neemat, K.Sathiya, Wan Hossen, Jimmy (Yusri Abas), K.Rajan (Amirul Omar), Bukhari Idris, Rahim Abu Bakar, Jasmir Mehat, Muhammad Shaizil, Hasrul Nurkholis

Simpanan Tidak Digunakan: Mohd Bidaus, Ragu, Abdul Zaini, Mohd Farid Saibun, Hazwan Nizam

Penjaring gol: Ahmad Khuzaimi 3'

Kedudukan Liga FAM selepas sembilan perlawanan (Kredit Liga FAM):-


 Foto: Melaka United Official
Powered by Blogger.