.

.

LIGA FAM 2014: KL MOF FC 2-5 MELAKA UNITED

MASUK... Shaizil menanduk masuk gol pendahuluan Melaka United.
Melaka United berjaya membelasah pasukan berstatus kelab, KL MOF FC 5-2 di Stadium Inspen, Bangi di sini semalam. Turun dengan misi 3 mata penuh, Melaka tidak menunggu lama apabila berjaya memperolehi gol sulung menerusi Shaizil Japery.

Shaizil sekali lagi menjadi duri dalam daging buat KL MOF FC apabila berjaya menggandakan jaringan menerusi tandukan cantik melepasi kawalan penjaga gol lawan, Mohd Khairi. Perlawanan selepas itu seimbang dengan Melaka United melepaskan beberapa peluang wajib gol yang gagal disempurnakan jentera serangan, Shaizil dan Hasrul Nukholis.

BUKHARI... sumbang gol ketiga pasukan menetang KL MOF FC.
Babak kedua menyaksikan kebangkitan anak buah Jalil Ramli dimana mereka berjaya memadam defisit dua gol masing-masing menerusi jaringan Rery Martinez dan bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof. Gol penyamaan itu ternyata tidak menjejaskan moral anak buah Rahim Abdullah.

Hasilnya, Bukhari Idris berjaya menjaringkan gol ketiga Melaka United menerusi cubaan dari jarak jauh yang berjaya memperdaya Mohd Khairi. KL MOF FC cuba bangkit mencari gol penyamaan namun dua gol di penghujung babak masing-masing menerusi Yusri Abas dan Jasmer Mehat memberikan Melaka tiga mata berharga. Tamat perlawanan, KL MOF FC 2-5 Melaka United.

KL MOF FC: Mohd Khairi, Muhammad Azrol, Abdul Ubaidillah, Bahaman Abd Ghani, Faizal Abdullah, Asyraf Masnon, Nor Hisham Affizam, Mohd Halim, Azman Zakaria, Rery Martinez, Nizaruddin Yusof

Melaka United: Khairul Izwan, Rahim Bakar, Sathiya, Jimmy (Farid Saibun), Rahmat Neemat, K.Rajan (Yusri Abas), Rashid Mamud, Bukhari Idris, Jasmir Mehat, Hasrul Norkholis, Shaizil Japery (Amirul Omar)

Kedudukan Liga FAM selepas enam perlawanan:-


Kredit: Page Liga FAM
Powered by Blogger.