.

.

LIGA FAM 2014: KUANTAN FA 1-2 MELAKA UNITED

MELAK UNITED... kesebelasan utama pilihan Lako Tatkovic.

Melaka United berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas berjaya menewaskan tuan rumah, Kuantan FA di Stadium Darul Makmur di sini hari ini, sekaligus membalas dendam kekalahan besar 2-4 di gelanggang yang sama musim lalu.

Kembalinya jurulatih, Laco Tatkovic dari direhatkan, Melaka United turun dengan kesebelasan yang sama ketika menang 5-2 menentang KL MOF FC minggu lalu. Penyerang, Muhammad Shaizil Japery sekali lagi membuktikan penyudah berkesan yang dimilikinya apabila berjaya menyumbang gol pertama pada minit ke-26.
LEDAK... Shaizil berjaya menggegarkan gawang Kuantan FA.
Pelawat menggandakan jaringan tujuh minit selepas rehat menerusi pemain sayap veteran, K. Rajan sebelum Kuantan FA mengurangkan defisit gol menerusi sepakan percuma Hazwan Fakhrullah, selang tiga minit selepas jaringan Rajan.

Kuantan FA cuba mengasak selepas itu namun pertahanan Melaka United kental mempertahankan kubu mereka dan memberikan pasukan tiga mata berharga. Tahniah pemain dan pengurusan pasukan! #GegauMelakaGegau

KUANTAN FA: Md Rosfaizul, Khairul Azman, Muhammad Ilham, Nurfirdaus, Mohd Fahmi, Abd Wafiy, Hazwan Fakhrullah, Kamal Rodiarjat, Wan Muhammad Firdaus, Anas Rahimi, Zahrin Asyraff

MELAKA UNITED: Khairul Izwan, Rahmat Neemat , Wan Hossen, Rashid Mamud, Ahmad Khuzaimi, K.Rajan, Rahim Bakar, Bukhari Idris, Jasmer Mehat, Shaizil Japery, Hasrul Norkholis

Kedudukan Liga FAM selepas tujuh perlawanan:-

Powered by Blogger.