Header Ads

LIGA FAM 2014: MELAKA UNITED 1-0 SABAH CEBAGOO FC

Melaka United berjaya mengekalkan momentum kemenangan dalam dua perlawanan terdahulu apabila berjaya menundukkan pendahulu Liga FAM, Sabah Cebagoo FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput dekat sini semalam.

JASMER... konsisten sejak diserap masuk ke dalam pasukan utama.
Turun dengan misi mengutip tiga mata penuh, barisan Melaka United dilihat sedikit tempang tanpa dua tonggak utama, skipper, Rashid Mamud dan penjaga gol, Khairul Izwan. Namun, pengganti mereka, Wan Hossen Wan Abd Ghani dan Khairul Efsan berjaya menampung kekurangan yang ditinggalkan duo tersebut.

Tuan rumah bermula garang mengasak kubu pelawat pada awal permainan namun menerusi geraka dari bahagian sayap, K.Rajan dan Jasmer Mehat sambil Cebagoo FC memberikan ancaman menerusi serangan balas pantas, juga dari bahagian sayap.

MASUK... gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Jimmy.
Gol yang dicari-cari Melaka United akhirnya tiba pada minit ke-32 menerusi Ahmad Khuzaimi 'Jimmy'. Berpunca dari sepakan sudut K.Rajan, Yusri Abas berjaya menanduk ke arah gawang pelawat sebelum disudahkan oleh pertahanan dari Tampoi itu untuk gol tunggal Melaka.

PUAS... jaringan Jimmy cukup untuk memberikan tiga mata penting kepada pasukan.
Perlawanan dilihat agak seimbang di separuh masa kedua. Melaka memperolehi peluang terbaik menjaringkan gol apabila Yusri berjaya melepasi kawalan pertahanan pelawat.

LEPAS... Muhammad Shaizil @ John berjaya melepasi kawalan pertahanan Cebagoo FC.
Hanya berdepan penjaga gol lawan, Yusri menyepak lemah ke sebelah penjuru gawang Cebagoo Fc, menyaksikan percubaan tersebut mudah diselamatkan penjaga gol lawan.

Lima minit terakhir merupakan situasi mendebarkan buat dua ribu penyokong tuan rumah apabila pasukan dari Penampang itu mengasak kubu Melaka bagi mencari gol penyamaan.

Namun Khairul Efsan kebal di gawangnya dan membantu Melaka United mencatat kemenangan hatrik musim ini. Untuk rekod, ini merupakan kekalahan pertama pasukan Cebagoo FC musim ini. Syabas dan tahniah buat pemain dan pengurusan. Terima kasih juga buat penyokong setia Melaka United. #GegauMelakaGegau


MELAKA UNITED: Khairul Efsan, Rahmat Neemat, Wan Hossen, K.Sathiya, Ahmad Khuzaimi, K.Rajan, Bukhari Idris, Muhammad Shaizil, Jasmer Mehat, Yusri Abas, Hasrul Nurkholis

Simpanan:  Mohd Bidaus, Ng. Choon Yiap, Farid Saibun, Amirul Omar, Abdul Zaini, Mohd Razi, Hazwan Nizam
KESEBELASAN SABAH CEBAGOO FC... Foto: FB Cebagoo F.C
CEBAGOO FC: Usman Baloon, Azuan Khan, Abdul Taufiq, Slybister Justin, Nelmon Jeoffery, Rainol Masaat, Juffery Omopor, Marwan Kadir, Gred Smith Chin, Jerry Suning, Razlan Oto

Simpanan: Shairul Boidi, Shapawi Maidin, Zulmansha Aling, Mohd Azwan Fattah, Benerly Raim


Foto: Melaka United Official
Powered by Blogger.