.

.

PERUBAHAN MASA PERLAWANAN MENENTANG KL MOF FC


Adalah dimaklumkan kepada penyokong Melaka United yang bakal turun ke Stadium INSPEN, Bangi mengenai perubahan masa sepak mula menentang pasukan KL MOF esok. Mengikut jadual yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sepak mula perlawanan ini adalah pada jam 4.45 petang namun dianjak ke jam 8.45 malam oleh penganjur.

Berikut merupakan jadual perlawanan Melaka United esok:

Tuan Rumah: KL MOF FC
Masa: 8.45 malam
Tarikh: 2 April 2014
Lokasi: Stadium Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bangi (Berhampiran Pintu 1 Putrajaya)

Diingatkan kepada penyokong supaya merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini semasa pergi mahupun pulang ke rumah masing-masing. Ayuh gegarkan Inspen! Gegau Melaka Gegau!
Powered by Blogger.