Header Ads

PRA PERLAWANAN: HARIMAU MUDA C LAWAN MELAKA UNITED

MELAKA UNITED... jalani latihan menjelang pertemuan menentang Harimau Muda C.
Selepas melakukan kebangkitan dengan merakam tiga kemenangan berturut-turut, Melaka United akan bertandang ke ibu kota esok menentang skuad muda kebangsaan, Harimau Muda C di Pusat Latihan Maybank, Bangi.

Berbaki tiga perlawanan sebelum pusingan pertama di tamatkan, skuad Sang Kancil ini turun dengan misi mengutip mata maksimum bagi mengekalkan kedudukan di tangga tiga teratas.

Pemain

Duo, Rashid Mamud dan Khairul Izwan dijangka kembali memperkuatkan pasukan selepas diketepikan kerana kecederaan. Tiada kecederaan serius lain dilaporkan kecuali bekas skipper, Fauzzi Kassim yang terpaksa diketepikan hingga akhir musim kerana kecederaan.

Harimau Muda C

Syazwan Andik. Foto Suffian Abdullah
Skuad muda kendalian Hassan Sazali Waras ini bukanlah pencabar terkuat kejuaraan liga, buat ketika ini. Berada di kedudukan ketujuh, cabaran pemain muda ini usah dipandang enteng terutama penyerang, Muhd Syazwan Andik Mohd Ishak yang berjaya meledak lima gol sepanjang kempen musim ini.

Rekod pertemuan lalu:

Melaka 0-2 Harimau Muda C
Harimau Muda C 0-3 Melaka

Foto: Melaka United Official
Powered by Blogger.