Header Ads

PRA PERLAWANAN: SG. ARA FC LAWAN MELAKA UNITED

MELAKA UNITED... tewas dua perlawanan berturut-turut. Foto: Melaka United Official.
Tewas dua perlawanan berturut-turut bukanlah keputusan yang diharapkan penyokong. Jurulatih, Latco Tatkovic direhatkan pengurusan MUSA bagi memastikan pasukan kembali ke landasan yang betul, layak ke Liga Perdana musim hadapan.

Kemampuan pemangku, Rahim Abdullah bakal diuji apabila bertandang ke Pulau Pinang menentang Sungai Ara FC  esok. Misi wajib menang pastinya memberikan tekanan kepada pasukan sebelum menanti lawan sama di Hang Jebat minggu hadapan.

Pemain

Kapten, Rashid Mamud dilapor kembali menjalani latihan ringan dengan sekurang-kurangnya lima pemain disingkir barisan kejurulatihan. Peluang K.Sathiya untuk beraksi kian samar selepas dilapor mengalami kecederaan ketika latihan.

Analisa Sg. Ara

Pasukan dasar liga ini tidak harus dipandang rendah kemampuan mereka. Minggu lalu, mereka melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan pasukan liat, Cebagoo FC di Penampang.


Pasukan dari utara tanah air ini dilihat mempunyai persefahaman yang baik antara mereka dan kelibat penjaring terbanyak pasukan ketika ini, Muhammad Asyraf  Zainol Abidin berjersi nombor 40 harus diberikan tumpuan. Selain itu penjaring dua gol menentang Cebagoo FC, Muhammad  Azrul (39) perlu dirantai pergerakannya andai mahu membawa pulang tiga mata ke Melaka.


Pemain Yang Perlu Diberikan Perhatian: Muhammad Asyraf  (40)

Rekod Pertemuan

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan adalah dalam aksi pramusim lalu yang diadakan di Sungai Ara, menyaksikan Melaka bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum seri 2-2.

Lima perlawanan terakhir:-

Sungai Ara: MSSSM

Melaka United: KKMMM

Powered by Blogger.