Header Ads

RASMI: DUO SERTAI MELAKA UNITED

Melaka United dengan rasminya hari ini mengumumkan dua permain baru menyertai pasukan. Pertahanan, Mohd Hafizulldin Mohd Noor dan penyerang, Wan Mohd Aliff Wan Jasmi dibawa masuk jurulatih sementara, Rahim Abdullah.

Bekas pertahanan Sabah, Hafizulldin boleh beraksi di bahagian kiri dan tengah dan pernah beraksi bersama beberapa pasukan elit seperti Pahang, Sime Darby dan Pos Malaysia sebelum berkelana di negeri di bawah bayu itu. 

Sementara itu, Wan Alif Jasmi merupakan anggota skuad 'impian' K.Rajagobal ketika Kejohanan Bola Sepak Belia AFC 2006. Pemain ini pernah membentuk gandingan mantap bersama Mohd Zaquan Adha, Faderin Kadir, Manaf Mamat dan Ahmad Fakri Saarani dalam skuad Bawah 20 Tahun Kebangsaan itu.

Penyerang ini pernah menabur bakti bersama PKNS FC, Terengganu, T-Team, Sabah dan PBAPP FC sebelum menyertai Melaka United. 

Semoga duo ini mampu menyumbang sesuatu kepada pasukan dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Melaka. #GegauMelakaGegau

Foto: Melaka United Official
Powered by Blogger.