.

.

LIGA FAM 2014: MELAKA UNITED 2-3 SHAHZAN MUDA

Pisang berbuah berkali-kali. Itulah perumpamaan yang sesuai diibaratkan dengan kempem Melaka United musim ini. Sasaran layak ke Liga Perdana tahun depan sekadar tinggal impian selepas pasukan dari Selatan tanah air ini mencatat kekalahan keenam musim ini.

Lebih memalukan, kekalahan tersebut dicatat menentang pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda FC di gelanggang sendiri. Entah apa yang tidak kena dengan pasukan atau pengurusan kali ini, skrip sama seperti yang dilakar 'gelap' Hahi dicetak semula pengurusan Melaka United Soccer Association (MUSA).

Selepas dipaksa seri dengan Perak YBU FC minggu lalu, anak buah Rahim Abdullah turun dengan misi wajib menang ke atas pasukan tangga kedua tersebut.

Melaka United bermula cemerlang pada awal permainan apabila pemain sayap berpengalaman, K.Rajan berjaya menyumbang gol pertama tuan rumah pada minit ke-12. Namun, kegembiraan penyokong Melaka United tidak lama apabila pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Helmi pada minit ke-29, seminit selepas Ahmad Khuzaimi 'Jimmy' dibuang padang. Melaka United berjaya mengekalkan kedudukan tersebut sehingga tamat babak pertama.


Selepas rehat, Rahim Abdullah melakukan satu pertukaran dengan mengeluarkan Amir Shahreen dan memasukkan penyerang, Wan Alif Jasmi. Tindakan tersebut nyata berhasil apabila penyerang berasal dari Terengganu itu berjaya memberikan gol pendahuluan Melaka United pada minit ke-48.

Defisit satu gol tersebut tidak kekal lama apabila pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-67 sebelum Muhammad Helmi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan, empat minit selepas itu.

Kedudukan kekal sehingga tamat permainan sekaligus meranapkan impian Melaka United untuk layak ke Liga Perdana tahun hadapan. Hanya keajaiban sahaja mampu membantu pasukan ini layak ke Liga Perdana.
Persoalannya, sejauh mana kredibiliti pengurusan MUSA dalam memperjuangkan bola sepak negeri ini? Jika dinilai, kedudukan semasa Melaka United musim ini sama seperti tiga tahun sebelumnya di Liga FAM.

Pencapaian Melaka United sepanjang 4 tahun di Liga FAM:-

2011 - Keenam
2012 - Ketujuh
2013 - Keenam
2014 - Ketujuh (sehingga 14 perlawanan)

Jadi, dimanakah angin perubahan yang dibawa pengurusan baru? Pada siapa agaknya hendak di tudingkan jari mereka? Pemain? Jurulatih? Bookie??? Mereka pasti ada jawapannya. Berikan jawapan bukan suruh penyokong bersabar. Sudah terlewat jika sikap di Wisma FAM dibawa dan dicetak ke dalam Wisma MAFA. Boleh pengurusan berikan jawapan???

MELAKA UNITED: Khairul Efsan, Rahmat Naemat, Ahmad Khuzaimi, Wan Hossen, Farid Saibun, K.Rajan, Sabri Adam (35' Aroon Kumar) (74' Asyrul Wahab), Amir Shahreen (45' Wan Alif Jasmi), Jasmer Mehat, Yusri Abas, Shaizil Japery

Simpanan Yang Tidak Digunakan: Mohd Azrin, Ng. Choon Yiap, Muhamad Zaini, Hasrul Nurkholis

Kad Kuning: 79' Farid Saibun

Kad Merah: 28' Ahmad Khuzaimi

Penjaring Gol: 12' K.Rajan

SHAHZAN MUDA FC: Mohd Wafieyuddin, Abdul Hazim, Mat Hafis Ariffin, Mohammad Nasruddin, Wan Muhammadd Izham, Mohd Faizal, Muhd Nursyazwan (90' Farid Aziz), Shukri Jaafar, Mohd Aizuddin, Muhammad Helmi

Simpanan Yang Tidak Digunakan: Zamir Zaini, Syahid Emin, Mohd Firdaus, Haidi Nasruddin, Nor Abdah Alif, W.Mohd Amin

Kad Kuning: -

Kad Merah: -

Penjaring Gol: 29' Muhammad Helmi, 67' Muhd Hariz, 71' Muhammad Helmi

Pemain Terbaik Perlawanan: Muhammad Helmi (Shahzan Muda FC) 

Powered by Blogger.