.

.

LIGA FAM 2014: MISC-MIFA 1-1 MELAKA UNITED

Impian lebur. Selamat datang ke Liga FAM bagi musim kelima tahun hadapan. Itulah ayat yang sesuai diungkap kepada pasukan berbajet besar musim ini, Melaka United. Nyata suntikan dana tajaan hampir RM4juta tidak mampu memberikan impak positif untuk diterjemahkan apabila menentang pasukan lawan.

Awal pagi tadi, anak buah Rahim Abdullah beraksi hambar apabila dipaksa seri dengan pasukan bawahan, MISC-MIFA di Stadium Mini Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini hari ini. Rahim melakukan kejutan dengan menyenaraikan pemain terpinggir, Ng Choon Yiap di barisan pertahanan serta paling mengejutkan, penyenaraian penjaga gol Piala Presiden, Mohd. Azrin.

Sambungan baki 15 minit terakhir babak pertama semalam, Melaka United berjaya menggegar gawang lawan apabila penyerang, Wan Alif Jasmi berjaya menanduk masuk sepakan penjuru K.Rajan pada minit ke-35. Selepas jaringan tersebut, aksi kurang menyakinkan ditunjukkan Melaka United dan Mohd. Azrin dilihat sedikit gugup di gawangnya. Tamat separuh masa, Melaka United mendahului dengan satu gol.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling membalas serangan namun sering dihampakan dek penyudah yang ditumpul dipamerkan penyerang kedua-dua pasukan.Gol penyamaan yang dicari-cari MISC-MIFA akhirnya tiba menerusi sepakan percuma lemah N.K.Dhuran yang gagal diselamatkan dengan baik Mohd.Azrin pada minit ke-60.

Aksi hambar terus disajikan Melaka United kepada penyokong mereka apabila beberapa deretan peluang disia-siakan. Kesilapan pertahanan, Ng Choon Yiap akhirnya dihukum apabila dia dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari pemain lawan.

Beraksi dengan sepuluh pemain memberikan kesan kepada Melaka United dengan beberapa gerakan berbahaya MISC-MIFA gagal disempurnakan dengan baik penyerang mereka dan kedua-dua pasukan berpuas hati berkongsi satu mata.

Apa lagi yang hendak diperkatakan mengenai pasukan ini? Anda ada jawapannya?

MISC-MIFA: Mohd Jailani, S.Saravanakumar, K.Kuyilan (M.Ganeswaran 46'),  B.Tinagaran, Sunil Senan See, N.K.Dhuran, Muhd. Fauzi (P.Puvanesvaran 86'),, K.Premananthan, M.Youwarasan, Nor Nahrul Hayat, K.Depan Sakwati (V.Gopi 61')

Simpanan Yang Tidak Digunakan: Mohd.Al Husairi, M.Sugunthan, S.Kumaresan, A. Giri Ther,

Kad Kuning: 28' S.Saravanakumar, 51' K.Depan Sakwati

Kad Merah: -

Penjaring Gol: 60' N.K. Dhuran

MELAKA UNITED:Mohd. Azrin, Ng. Choon Yiap, Sathiya, Rashid Mamud, Rahmat Naemat, K.Rajan, Wan Hossen, Jasmir Mehat (Asyrul Wahab 70'), Yusri Abas (Bukhari Idris 82'), Shaizil Japery, Wan Alif Jasmi

Simpanan Yang Tidak Digunakan: Mohd. Bidaus, Abd. Zaini, Rahim Bakar, Hasrul Nurkholis, Sabri Adam

Kad Kuning: 59' Ng. Choon Yiap

Kad Merah:74' Ng. Choon Yiap

Penjaring Gol: 35' Wan Alif Jasmi

Pemain Terbaik Perlawanan: Wan Alif Jasmi (Melaka United)
Powered by Blogger.