.

.

PERR2014: BERAKHIRNYA CABARAN MELAKA

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

GAGAL... skuad Piala Emas Raja Raja Melaka gagal melapasi saingan peringkat kumpulan.
Skuad Melaka mengulangi skrip sama seperti tahun lalu apabila terkandas di peringkat kumpulan Piala Emas Raja Raja selepas kecundang di tangan 0-1 kepada tuan rumah, Kedah hari ini.

Diperkuatkan bekas skipper Pulau Pinang, Azizan Baba nyata tidak memberikan kelebihan buat Melaka. Gol pada babak kedua meleburkan impian Melaka layak ke suku akhir sekaligus memberikan tiket buat Kedah untuk mengiringi juara kumpulan C, PDRM ke pusingan seterusnya.

Meletakkan sasaran tinggi menjuarai kejohanan diibaratkan bagai meletakkan parang di leher yang menyaksikan pemain berdepan tekanan sehingga tewas besar 0-4 kepada PDRM dalam aksi sulung kumpulan.

Perlawanan kedua menentang Kuala Lumpur semalam, segalanya tidak menjadi apabila Melaka gagal meraih tiga mata penuh dan dipaksa seri 1-1 sekaligus memilih jalan sukar sebelum bertemu tuan rumah.

Kegagalan di peringkat kumpulan merupakan tamparan hebat pengurusan kerana gagal menepati sasaran yang ditetap. Mungkin perlu ada beberapa perubahan yang perlu diperbaiki dalam usaha memantapkan pasukan.

Beberapa pemain dalam skuad PERR Melaka dijangka bakal menyertai skuad Mat Zan Mat Aris yang sedang dalam proses memperkuatkan pasukan sebelun musim baharu 2015 bermula.

Mungkin post-mortem perlu dilakukan pengurusan sebaik pulang ke Melaka bagi mengenalpasti lompong yang ada dalam pasukan. Diharapkan pasukan ini akan lebih mantap pada musim hadapan.

Foto: Kelab Penyokong Melaka United
Powered by Blogger.