.

.

Semakin hampir ke Liga Super


Hikayat dongeng Melaka United layak secara automatik ke Liga Super pada musim pertama di Liga Perdana semakin menjadi kenyataan selepas dua gol Surendran dan jaringan kapten, Ilija Spasojevic membantu pasukan itu membenam Sabah, 3-0, di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Jurulatih, Mat Zan Mat Aris menurunkan barisan terbaiknya bagi perlawanan ke-18 musim ini dengan diperkuatkan tiga tonggak, Mohd. Ferris Danial, Yashir Pinto dan Surendran.

Melaka United memperoleh gol pertama menerusi jaringan penalti Spasojevic pada minit ke-37.

Pemain sayap, Surendran mengukuhkan kedudukan tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-53 sebelum menambah gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu pada minit ke-58.

Kemenangan ini meletakkan Melaka United semakin hampir ke Liga Super selepas pencabar terdekat, JDT II tunduk 2-5 kepada Sime Darby FC di Stadium Selayang.

Melaka United akan layak secara automatik  ke Liga Super sekiranya sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan berikutnya dan jika pasukan tangga ketiga, PKNS FC, gagal mengutip tiga mata dalam perlawanan berikutnya.
Powered by Blogger.