.

.

Melaka United Juara Liga Perdana


Ibarat tulisan sebuah hikayat dongeng, Melaka United mencipta kegemilangan apabila muncul juara Liga Perdana selepas menjuarai Liga FAM pada tahun sebelumnya.

Sukar untuk dipercayai namun itulah realiti yang dipahat jurulatih, Mat Zan Mat Aris apabila berjaya mengemudi skuad Melaka United kembali bersaing di Liga Super.

Pujian wajar diberikan terhadap semua pemain dan pasukan kejurulatihan apabila usaha keras mereka untuk mengembalikan maruah pasukan berstatus negeri ini menemui kejayaan.

Kapten pasukan, Ilija Spasojevic yang konsisten di depan gawang merupakan salah satu faktor kebangkitan Melaka United apabila meledak 23 gol daripada 20 perlawanan.

Kejayaan ini disahkan selepas Melaka United mencatat keputusan seri, 1-1, menentang pencabar terdekat, JDT II, di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Mat Zan membariskan tonggak utama dengan Spasojevic dan Yashir Pinto ditugaskan mengetuai jentera serangan tuan rumah.

Kedua-dua pasukan buntu di separuh masa pertama dan bermula babak kedua, Yashir memecah kebuntuan pada minit ke-76.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan kemenangan Melaka United, JDT II bangkit menyamakan kedudukan menerusi Rafael Bonfim pada minit-minit akhir perlawanan.
Powered by Blogger.