.

.

Aksi menentang Nagaworld pula dibatalkan?

PEMBATALAN perlawanan antara Melaka United dan Cambodian Tiger Football Club (Tiger FC) pada 6 Januari lalu mengecewakan penyokong yang pastinya ingin melihat pasukan kesayangan mereka beraksi dalam aksi pramusim di Kemboja.

Berdasarkan jadual perlawanan pada jelajah pramusim di Kemboja, Melaka United dijadualkan bertemu Nagaworld FC hari ini dan seterusnya mengakhiri aksi di sana dengan menentang Police FC, esok.

Namun agak mengejutkan apabila tuan rumah, Nagaworld FC menerusi akaun Facebook mengumumkan bahawa pasukan itu bakal berdepan Negeri Sembilan di Sekolah Antarabangsa Phnom Penh.

PERSAHABATAN... Nagaworld mengumumkan mereka akan bertemu Negeri Sembilan petang ini.
Sementara itu, Melaka United pula belum memberikan sebarang pengumuman rasmi mengenai perlawanan yang pada awalnya dijadualkan berlangsung hari ini.

RASMI... Jadual aksi pramusim Melaka United yang dikeluarkan Facebook rasmi pasukan.
Apa sebenarnya yang berlaku kepada pasukan sepanjang berada di Kemboja? Mungkinkah perlawanan ketiga di negera berkenaan ini juga akan dibatalkan, seperti yang berlaku kepada perlawanan terdahulu? Atau adakah pasukan Nagaworld ini akan beraksi dua perlawanan dalam satu hari mungkin...
Powered by Blogger.