.

.

Melaka United ketepi cabaran Asia Euro United


BUKAN lawan tandingan sebenar namun aksi pramusim menentang pasukan tercorot Metfone Liga Kemboja, Asia Euro United sekurang-kurangnya melegakan jurulatih, Eric Williams selepas aksi menentang Cambodian Tiger FC dan Nagaworld FC dibatalkan.

Ketika penyokong tertanya-tanya mengenai aksi menentang Nagaworld FC yang dijadualkan hari ini, Melaka United pula turun beraksi dalam perlawanan di Stadium Olimpik petang tadi.

Penyerang, Nurshamil Abd. Ghani dan Mohd. Fauzi Roslan atau Koji digandingkan bagi mengetuai jentera serangan pasukan.

Ternyata pertaruhan Williams terhadap gandingan tempatan itu membuahkan hasil apabila Koji meledak gol pertama Melaka United sebelum babak pertama berakhir.

Ketua jurulatih Melaka United itu melakukan rombakan pada babak kedua dengan mencuba gandingan import, Ilija Spasojevic dan Sergio Aguero di jentera serangan.

Kedua-dua penyerang tersebut nyata tidak menghampakan apabila masing-masing meledak gol untuk jaringan kedua dan ketiga pasukan bagi melengkapkan kemenangan mudah, 3-0 di tempat lawan.

Melaka United bakal berdepan juara Metfone Liga Kemboja, Boeung Ket Angkor esok bagi melengkapkan aksi di negara berkenaan sebelum pulang ke tanah air pada 10 Januari ini.

Foto: MUSA


Powered by Blogger.