.

.

Beberapa pemain bakal dipinjamkan


BAGAIMANA situasi ini boleh berlaku dalam sesebuah pasukan yang bersaing dalam liga utama seperti Liga Super tidak dapat dipastikan, namun itulah yang berlaku kepada Melaka United apabila juara Liga Perdana musim lalu itu mempunyai lambakan pemain.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengurus pasukan, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi kepada Astro Arena apabila membayangkan beberapa pemain bakal dipinjamkan ke pasukan lain sebelum  bermulanya kempen liga pada 20 Januari ini.

Menurut Mohd. Yusoff, ketika ini pasukan yang dibimbing Eric Williams itu mempunyai 28 pemain dengan pemain dibarisan serangan dilihat mempunyai lebihan.

Untuk rekod, Melaka United mengekalkan sembilan pemain musim lalu dan membawa masuk sebanyak 19 muka baharu yang mengharungi kempen Liga Super tahun ini.

"Keputusan akan dibuat (selepas pulang dari Kemboja) dan pemain mana yang bakal dipinjamkan le pasukan lain akan dimaklumkan. 

"Kami tidak mahu membuat keputusan terburu-buru kerana mahu mengelak daripada kekurangan pemain selepas bermulanya Liga Malaysia musim 2017," katanya.

Williams telah pun menggunakan kesemua 28 pemain dalam aksi pramusim di Kemboja dan di Melaka dan pasukannya akan bertemu Felda United esok bagi perlawanan pramusim terakhir sebelum Liga Malaysia membuka tirainya.

Perlawanan tersebut merupakan peluang terakhir kepada semua pemain untuk membuktikan kebolehan masing-masing sebelum keputusan akhir dilakukan Williams.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.