Header Ads

Jaringan tunggal Amri singkir PKNS


LEDAKAN tunggal penyerang, Mohd. Amri Yahyah berjaya membawa Melaka United ke pusingan ketiga Piala FA selepas menundukkan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Sebelum turun melayan kunjungan PKNS, pasukan bimbingan pengendali kelahiran York, United Kingdom, Eric Williams gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga aksi kompetetif musim ini.

Justeru, kemenangan yang terhasil di hadapan penyokong sendiri ini merupakan satu tonik terbaik kepada Melaka United untuk bangkit meraih kemenangan dalam perlawanan Liga Super.

Dalam aksi di Stadium Hang Jebat malam tadi, Williams melakukan beberapa rombakan dalam kesebelasan utamanya dengan membawa masuk Ahmad Ezrie Shafizie, Fazli Paat dan Muhammad Faizal Muhammad bagi menggantikan Syed Sobri Syed Muhammad, Badrulzaman Abdul Halim serta Ahmad Khuzaimi Piee.

WATAK PENTING... Fazli Paat mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang PKNS.
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada sebarang jaringan yang berjaya dihasilkan sehingga wisel rehat dibunyikan biarpun penguasan bola jelas milik Melaka United.

Pada separuh masa kedua, deretan peluang yang dicipta akhirnya berjaya disempurnakan apabaila Amri berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-65.

Barisan pertahanan yang ampuh membantu Melaka United mengekalkan keputusan sehingga tamat permainan sekali gus mencatat keputusan tanpa bolos pertama musim ini.


Foto: Utusan Online
Video: TV Selangor
Powered by Blogger.