.

.

Mula langkah kiri di halaman sendiri


HILANG fokus pada awal permainan dan gagal menyempurnakan deretan peluang terhidang menyaksikan Melaka United tunduk 1-2 kepada T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Penyerang T-Team, Mahamadou Samassa terlebih dahulu menghukum kealpaan pertahanan Melaka United pada minit keempat selepas mudah melepasi  menewaskan Badrulzaman Abd. Halim, yang berpunca daripada hantaran dari bawah oleh Abdoulaye Maiga.

Belum pun sempat benteng tuan rumah memperkemaskan pertahanan, gawang Melaka United bocor lagi kali ini menerusi gerakan serangan balas yang disempurnakan  Farhod Tadjiyev pada minit ke-15.

Melaka United cuba bangkit selepas itu dan menguasai perlawanan namun kira-kira 8,000 penyokong tuan rumah hampa dengan penyudah tumpul di barisan serangan.

Dereta peluang yang diperoleh menerusi Jeon Woo Young, R. Surendran dan kapten, Ilija Spasojevic setidak-tidak membantu mengurangkan defisit jaringan sebelum tamat babak pertama namun perkara tersebut tidak berlaku.

Jaringan cantik dari luar kotak penalti oleh Woo Young selepas perlawanan bersambung pada minit ke-48 mencetuskan peluang kebangkitan tuan rumah namun tiada tambahan jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kekalahan kedua berturut-turut ini meletakkan Melaka United di tangga ke-11 Liga Super selepas sekadar mencatat satu seri dan dua kekalahan dalam tiga perlawanan.

Skuad bimbingan Eric William ini akan bertandang ke Stadium Negeri, Kuching menentang Sarawak pada 18 Februari ini bagi perlawanan keempat Liga Super.

MELAKA XI: Badrulzaman, Puaneswaran, Antwi, Khuzaimi, Khair, Azrin, Woon Young, Amri, Syed Sobri (Izzaq), Surendran (Fauzi), Spaosjevic.

Foto: T-Team FC
Powered by Blogger.