Header Ads

Pengalaman Spaso bantu Aguero tingkat mutu permainan


BERGANDINGAN dengan soerang penyerang berpengalaman yang mempunyai naluri pembunuh dan bersemangat tinggi mampu meningkatkan kualiti yang ada pada seseorang pemain muda.

Perkara tersebut diakui oleh bintang baharu Melaka United, Sergio Ezequiel Aguero apabila berpeluang 'belajar' dan menimba pengalaman daripada penyerang lebih senior yang juga kapten pasukan, Ilija Spasojevic.

Penyerang muda berusia 22 tahun itu berkata, dia gembira dapat beraksi bersama bintang dari Montegro itu dan dalam proses membentuk keserasian antara kedua-dua pemain.

"Spasojevic merupakan seorang pemain berpengalaman dan dia banyak membantu kami di dalam padang. 

"Saya gembira dapat beraksi disampingnya dan berharap kami dapat membentuk keserasian yang lebih baik dan saling bantu-membantu di dalam setiap perlawanan," katanya kepada Melaka United Media di sini, baru-baru ini.

Spasojevic muncul pemenang Kasut Emas Liga Perdana selepas meledak 27 gol semusim untuk Melaka United.

Penyerang berumur 29 tahun itu berpengalaman luas beraksi di beberapa negara seperti Montenegro, Serbia, Georgia, Latvia, Greece dan Indonesia.

Sementara itu, Aguero berkata, dia kini semakin pulih daripada kecederaan dan dalam proses mendapatkan kembali kecergasan untuk kembali beraksi.

"Saya berasa lebih baik tetapi kembali cergas untuk beraksi 90 minit. Saya harap minggu ini saya dapat menjalani latihan seperti biasa dan kembali beraksi," katanya.

Foto: Utusan Online
Powered by Blogger.