.

.

Piala FA: Cabaran Pahang menanti di pusingan ketiga


UJIAN getir menanti Melaka United di pusingan ketiga Piala FA apabila diundi bertemu gergasi Pantai Timur, Pahang di Stadium Darul Makmur, yang dijadualkan pada 10 atau 11 Mac ini.

Pada undian yang diadakan di Seri Pentas hari ini, Melaka United diundi pada kedudukan ke-14 sementara Pahang di tempat ke-13 sebagai tuan rumah.


Pahang kini berada di kedudukan kedua Liga Super selepas membenam Pulau Pinang, 6-1, malam tadi sementara Melaka United merakamkan kemenangan sulung musim ini apabila menundukkan Sarawak, 1-0, di gelanggang lawan.

Melaka United mara ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan cabaran PKNS hasil jaringan tunggal penyerang kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah.

Foto: FMLLP
Powered by Blogger.