.

.

Tumbang pada minit-minit akhir di Ipoh


KEALPAAN barisan pertahanan Melaka United pada minit-minit terakhir perlawanan di hukum Perak apabila menyaksikan skuad bimbingan Eric Williams itu tunduk, 2-3, di Stadium Perak, malam tadi.

Biarpun banyak menguasai perlawanan, ketumpulan jentera serangan Melaka United dilihat sedikit sebanyak memberi impak kepada keseluruhan persembahan pasukan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan Thiago Junior pada minit ke-30 namun tonggak import dari Korea Selatan, Jeon Woo-Young yang melakukan penampilan pertama dalam kesebelasan utama pasukan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45.

Melaka United sekali lagi ketinggalan apabila bekas penyerang, Yashir Pinto menjadi duri dalam daging pelawat apabila meledak gol kedua Perak pada minit ke-63.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Melaka United menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-79.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Vladislav Mirchev muncul wira skuad Seladang apabila berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan, sekali gus memberikan kemenangan kedua skuad bimbingan Karl-Heinz Weigang itu musim ini.

Kekalahan ini merupakan satu pengajaran berguna buat skuad Melaka United untuk tidak mengulangi 'penyakit' yang sering membelenggu pemain bola sepak di negara ini.

Kebangkitan pastinya dituntut penyokong bagi meraih kemenangan pertama dalam aksi sulung di halaman sendiri menetang T-Team pada 11 Februari ini.

Ayuh lakarkan kebangkitan, kita gegaukan bola sepak Malaysia!

MELAKA UNITED XI: Badrulzaman, Puaneswaran, Antwi, Khair, Khuzaimee (71' Faizal), Syed Sobri (77' Izzaq Faris), Khairu Azrin (73' Ezrie), Woo Young, Surendran, Amri Yahyah, Spasojevic.

Kad kuning: Khuzaimi 30'

Gol: Woo Young 43', Izzaq Faris 79'

Powered by Blogger.