.

.

Foto pasukan 'pelik' Melaka United


LUAR daripada tradisi. Itulah yang cuba ditampilkan kesebelasan utama Melaka United ketika sesi bergambar pasukan sebelum perlawanan menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Formasi atau susunan yang diatur untuk foto tersebut seiras-iras pasukan Wales yang pernah melakukannya sebelum perlawanan dengan Austria dan Georgia.


Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya motif utama pemain-pemain tersebut melakukannya namun ade di antara peminat yang melabelkannya sebagai satu tindakan 'buruk' dan luar daripada kebiasaan.

Melaka United turun menentang Pahang malam ini bagi pusingan ketiga Piala FA selepas berjaya mengetepikan PKNS FC di pusingan sebelumnya.
Tunduk 1-3 kepada lawan sama di Stadium Hang Jebat dalam aksi Liga Super baru-baru ini.

Skuad bimbingan Eric Williams itu tekad bangkit mencari kemenangan menentang pasukan di kedudukan tiga teratas liga itu.

Foto:. MUSA, Reuters
Powered by Blogger.