.

.

Akhirnya... Williams diberi kuasa pilih pemain


PRESTASI hambar yang dipamerkan Melaka United sepanjang kempen Liga Super musim ini memberi impak besar terhadap pengendali, Eric Williams yang terus ditekan bagi mencatatkan keputusan terbaik dalam setiap perlawanan.

Namun, timbul rungutan apabila banyak pihak mendakwa bahawa pengendali berasal dari England itu tidak diberikan peluang memilih pemainnya sendiri kerana apabila tiba ke negeri ini, hampir kesemua pemain sudah diambil dan menunggu masa untuk menandatangani kontrak sahaja.

Atas dasar itu, pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) mengambil langkah memberikan kuasa penuh kepada Williams dalam menentukan nasib pemain import sedia ada kerana tidak mahu mendengar rungutan daripada pengendali berkenaan.

Ini secara tidak langsung merupakan peluang kedua kepada Williams untuk melakukan perubahan bagi memperbaiki pasukan dan itu tidak bermakna bahawa kedudukannya dalam keadaan selamat untuk kekal bersama pasukan.  

"Kami boleh buang jurulatih bila-bila masa kerana beliau tidak terikat dengan tingkap perpindahan seperti pemain, jika Eric masih gagal membentuk pasukan maka kami akan buang dia," katanya Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi.   

Foto: MUSA
Powered by Blogger.