Header Ads

Aguero masih kekal bersama Melaka United


MASA depan penyerang import, Sergio Aguero bersama Melaka United masih belum ditentukan lagi ekoran tindakan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) merehatkan ketua jurulatih, Eric Williams, semalam.

Selepas pengguguran Godwin Antwi, nama Aguero dikaitkan sebagai pemain yang bakal digugur selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam tujuh penampilan bersama Melaka United dan kerap disisihkan akibat kecederaan.

Dalam gambar terbaharu yang dikongsikan Facebook rasmi Melaka United hari ini, Aguero dilihat bersama rakan sepasukan lain bertolak ke Pahang bagi menghadapi aksi ke-14 Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam esok.

Namun, pemain import dalam percubaan dari Brazil, Felipe De Almeida Souza dilihat turut sama bersama skuad Melaka United, menjadikan jumlah pemain import ke Jengka seramai lima pemain termasuk Jeon Woo Yong, Ilija Spasojevic dan Jasmin Mecinovic.

PEMAIN Melaka United bergambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan ke Jengka, Pahang.
Difahamkan Almeida Souza masih dalam percubaan dan belum didaftarkan sebagai pemain import dengan staf kejurulatih bakal membuat keputusan akhir sebelum memutuskan siapa tonggak import yang akan disingkirkan.

Melaka United membuat kejutan semalam apabila mengambil keputusan merehatkan Williams menjelang pertembungan penting menentang Felda United, malam esok.

Tindakan itu diambil atas permintaan Williams sendiri yang mahu direhatakan ekoran masalah kesihatan yang dialaminya. 

Foto: MUSA
Powered by Blogger.