.

.

Mora bikin Williams berang


DISEBALIK kejayaan Melaka United mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam, ketua jurulatih, Eric Williams menyatakan rasa tidak puas hati terhadap reaksi rakan sejawatnya, Benjamin Mora.

Menurut pengendali berbangsa Inggeris itu, Mora sebelum ini enggan bersalam dengannya ketika menundukkan Melaka United di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos pada 9 April lalu namun bertindak sebaliknya, malam tadi.

"Pemuda itu perlu faham, dia mempunyai pasukan yang sangat baik. Pemain terbaik di Malaysia bukan sahaja di JDT malah di JDT II.

"Saya ingatkan apabila awak tewaskan kami 7-0, awak tiada masa bersalam dengan saya. Dan sekarang awak bersama dengan saya, erat macam hendak berlawan. Dan berkata, lain kali kami akan tundukkan awak 7-0 lagi," katanya yang dipetik dari portal Goal.com.


Dalam pada itu, Williams turut mempersoalkan kredibiliti Mora sebagai ketua jurulatih yang dilantik mengendalikan pasukan penuh dengan bintang.
"Awak fikir awak adalah jurulatih yang bagus? Jadi dengar sini, datang dan latih pasukan saya. Kita lihat bagaimana bagusnya awak. Mempunyai skuad terbaik di Malaysia, awak sepatutnya menang setiap minggu, awak memang bernasib baik.

"Pesanan saya, segalanya jadi mudah apabila menang setiap masa tetapi apabila tewas, awak perlu bertarung dan terus berjuang. Dan perlu pastikan awal memotivasikan pemain," tegas Williams.

Melaka United berjaya melonjak ke tangga kesembilan Liga Super selepas mengikat JDT hasil jaringan lewat permainan tonggak import, Jeon Woo-Young dalam aksi di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.