Header Ads

Piala Malaysia: Melaka United diundi bersama juara bertahan


CABARAN juara Piala FA 2017, Kedah bakal menanti Melaka United dalam saingan Piala Malaysia selepas diundi dalam kumpulan C bersama juara bertahan itu dalam majlis undian yang diadakan malam tadi.

Dua lagi pasukan yang bakal memberikan saingan bagi merebut dua tempat teratas bagi slot ke suku akhir adalah Kelantan dan pasukan Liga Perdana, UiTM FC.

Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia bakal bermula 4 dan 5 Julai ini dengan aksi terakhir akan dilangsungkan pada 8 atau 9 Ogos depan.


Peringkat suku akhir akan dilangsungkan secara timbal balik dengan perlawanan pertama akan diadakan pada 8 atau 9 September dan suku akhir kedua pula pada 15 atau 16 September.

Separuh akhir pertama dijadualkan pada 23 atau 24 September dan aksi timbal balik akan dilangsungkan pada 13 atau 14 Oktober ini.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 dijangka bakal diadakan pada 28 Oktober di lokasi yang bakal ditentukan kelak.

Foto: FMLLP
Powered by Blogger.