.

.

Cenderung lantik jurulatih luar?


KETIKA rata-rata penyokong melahirkan kebimbangan terhadap masa depan Melaka United, pengurusan Persatuan Persatuan Bola Sepak Melaka nampaknya begitu tenang pada jendela pertengahan musim ini.

Selepas menyingkirkan Eric Williams sebagai ketua jurulatih, jawatan itu masih kekal kosong biarpun pasukan aktif melepaskan pemain baik secara tetap mahupun pinjaman.

Agak mengejutkan apabila Timbalan Presiden yang juga pengurus pasukan, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi memberitahu The Star bahawa Melaka United berminat mengambil seorang jurulatih asing bagi menggantikan Williams.

Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengendi kelab South China di Hong Kong, Dejan Antonic serta bakal bertemu ketua jurulatih kelab di Indonesia, Cilegon United, Arcan Iurie dalam masa terdekat.

Selain itu, Mohd. Yusoff memaklumkan terdapat beberapa lagi calon luar dalam pertimbangan pasukan sebelum keputusan dibuat Sabtu ini.

"Sekarang kita masih diperingkat menilai calon-calon yang dicadangkan. Peluang untuk mengambil sama ada jurulatih luar mahupun tempatan 50-50.

"Kalau diputuskan lepas jumpa calon jurulatih luar ini, kita tak mahu ambil mereka, maka kita ada empat jurulatih tempatan. Kita kena cari kelebihan dan kesesuaian jurulatih itu dengan mengecilkan skop pemilihan," katanya menerusi portal berbahasa Melayu itu.

Sebelum ini, empat nama dikaitkan dengan kekosongan jawatan di Melaka United seperti Mohd. Azrai Khor Abdullah, K. Devan dan Datuk K. Rajagobal dan Hassan Sazali Mohd Waras namun belum ada keputusan dicapai dalam kalangan mereka.

Apa yang merisaukan ketika ini adalah mampukah pengendali asing mngambil masa yang singkat untuk membentuk pasukan?

Tidakkah mereka bimbang pisang berbuah dua kali seperti melantik Williams dan sebagaimana kegagalan Ashley Westwood di Pulau Pinang?

Jawapannya akan ditentukan Sabtu ini. Sama-sama kita nantikan episod berikutnya drama Melaka United di Liga Super.

Foto: Alchetron
Powered by Blogger.