.

.

Melaka United tukar Achong dengan Sivanesan


MUSIM perpindahan pertengahan musim ini menyaksikan lebih lima pemain meninggalkan Melaka United baik sama ada secara pinjaman mahupun tetap.

Terbaharu, pemain tengah,  Muhammad Khairu Azrin kembali ke pangkuan PKNS FC selepas hanya setengah musim di Melaka.

Namun, PKNS FC menerusi kenyataan di akaun Facebook kelab itu memberitahu, penghijrahan Khairu Azrin atau lebih dikenali sebagai Achong ke kelab lamanya melibatkan perjanjian pertukaran pemain antara kedua-dua kelab.

Menerusi perjanjian yang dimeterai, S. Sivanesan dilaporkan menyertai Melaka United untuk mengharungi baki kempen Liga Super dan kejohanan Piala Malaysia musim ini.


Pemain tengah berusia 26 tahun itu sebelum ini pernah mewakili Harimau Muda A, Felda United dan Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Petaling Jaya bersama PKNS FC.

"Pemain tengah, Muhammad Khairu Azrin mengucapkan terima kasih kepada Melaka United terutama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi yang membenarkan beliau kembali ke pangkuan PKNS FC pada jendela perpindahan kedua dengan S. Sivanesan ditukarkan kepada Melaka United.

"Dengan kepulangan semula Muhammad Khairu Azrin, ketua jurulatih, E Elavarasan yakin barisan tengah PKNS FC akan kembali mantap," katanya.

Foto: BERNAMA, Harian Metro
Powered by Blogger.