Header Ads

Melaka United uji Dudu Omagbeni


KETIKA jendela perpindahan tinggal beberapa hari lagi sebelum ditutup, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dilihat menguji seorang lagi pemain import.

Penyerang, MacPherlin Dudu Omagbeni yang berasal dari Nigeria dilihat diturunkan dalam aksi persahabatan menentang MISC-MIFA malam tadi sekali mencetuskan persoalan mengenai masa depan Ilija Spasojevic di Melaka.

Dudu Omagbeni atau Dudu diletakkan di barisan hadapan bersama Mohd. Fauzi Roslan dalam kesebelasan utama namun sepanjang aksi di Stadium Hang Jebat menyaksikan penyerang berusia 32 tahun gagal meledak sebarang gol.

Sebaliknya, tonggak import baharu, Felipe de Almeida Souza atau Felipe mencuri tumpuan dengan hantaran dan larian menarik dalam perlawanan tersebut.


Biarpun gagal meledak, Dudu yang mempunyai kekuatan fizikal tetap memberikan tekanan kepada pemain lain di sepanjang permainan.

Penyerang ini juga pernah beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia selepas dipinjamkan ke Pulau Pinang pada 2005, menjaringkan empat gol dalam lapan penampilan.

Selain menguji tonggak import, beberapa muka baharu dilihat turun beraksi menentang pasukan Liga Perdana itu seperti Mohd. Fandi Othman, Norhakim Isa dan Nicholas Swirad.

Wajarkah Melaka United mengikat penyerang baharu yang berasal Nigeria itu? Siapa yang bakal tentukan? Ketua jurulatih baharu atau pengarah teknikal?

Foto: MUSA
Powered by Blogger.