.

.

Simic lengkapkan kuota pemain import


TEKA TEKI mengenai siapa yang bakal mengetuai jentera serangan Melaka United bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini terjawab apabila Marco Simic disahkan menyertai Melaka United.

Penyerang berusia 29 tahun itu mengesahkan perpindahannya ke Melaka United selepas dilepaskan pasukan jiran, Negeri Sembilan minggu lalu menerusi akaun Instagramnya.

"Nombor 9," kata Simic sambil berkongsi gambarnya memegang jersi Melaka United bernombor sembilan.

Dengan penyertaan Simic memberi bayangan bahawa masa depan penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu, Ilija Spasojevic bersama Melaka United telah pun berakhir.

Meskipun kontraknya, Sergio Aguero dan Godwin Antwi belum ditamatkan, dengan jendela perpindahan akan ditutup secara rasmi esok bermakna pemain-pemain berkenaan mungkin dilepaskan atau dipinjamkan ke pasukan lain di liga luar.

Mungkinkah pelaburan membawa masuk Simic berbaloi sedangkan penyerang ini digugurkan oleh pasukan berstatus Liga Perdana kerana gagal menepati kehendak staf kejurulatihan biar pun menjaringkan sembilan gol dalam semua kejohanan? Masa akan menjawabnya.

Foto: IG Marco Simic
Powered by Blogger.