Header Ads

Tonggak import hidupkan peluang kekal di Liga Super


EMPAT mata dari zon penyingkiran ketika berbaki dua perlawanan untuk menamatkan kempen Liga Super musim ini. 

Segalanya hanya berlaku selepas skuad  bimbingan Eduardo Almeida berjaya menumpaskan Perak 3-1 di halaman sendiri ketika pasukan lain yang bergelut di zon penyingkiran tewas kepada lawan masing-masing malam tadi.

Penjaga gol berpengalaman, Badrulzaman Halim kembali di gawang Melaka United untuk kempen liga sementara Almeida menyenaraikan G. Puaneswaran, Nicholas Swirad, Khair Jones dan Jasmin Mecinovic di benteng pertahanan.

KETUA PASUKAN, R. Surendran cuba melepasi kawalan Nazirul Naim Che Hashim.
Usaha itu tampak berhasil apabila corak benteng ampuh dipamerkan pertahanan Melaka United dengan menyerap setiap asakan pelawat.

Penyerang import, Marco Simic terus konsisten di depan gawang apabila meletakkan Melaka United di depan pada minit ke 29 dan keputusan itu kekal sehingga rehat.

PENJAGA GOL PERAK, Hafizul Hakim Khairul Nizam (kiri) gagal menangkap kemas bola ketika Marco Simic menantikan peluang untuk menyambarnya.
Pada babak kedua, skuad bimbingan Mehmet Durokovic meneruskan asakan mencari gol penyaman dan usaha itu ternyata berhasil apabila pemain pertahanan, Shahrul Saad berjaya menyamakan kedudukan empat minit selepas wisel separuh masa kedua dibunyikan.

Namun, Melaka United yang memerlukan tiga mata berharga untuk terus kekal bersaing di liga tertinggi negara itu meneruskan pemburuan mencari gol kedua dan usaha tersebut berjaya apabila seorang lagi pemain import, Jeon Woo Young meletakkan tuan rumah kembali di depan pada minit ke-72.

JEON WOO YOUNG sumbang satu gol bantu tundukkan Perak di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Tersentak dengan jaringan itu, Perak terus menggandakan serangan namun Melaka United menggunakan kesempatan daripada kelekaan barisan pertahanan apabila melakukan serangan balas pantas memaksa pertahanan pelawat menjatuhkan Mohd. Fauzi Roslan sekali gus menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah.

MOHD. FAUZI ROSLAN melakukan cubaan dan cuba dihalang oleh Hafizul Hakim Khairul Nizam.
Peluang itu nyata tidak disia-siakan apabila Felipe Almeida de Souza menjaringkan gol ketiga Melaka United sekali gus memastikan tiga mata penuh buat tuan rumah.

Kemenangan ini melonjakkan Melaka United ke tangga kesembilan dengan 21 mata, tiga mata mengatasi Kelantan di tempat ke-10, Sarawak (17) dan Pulau Pinang (12).

Baki dua perlawanan selepas ini menyaksikan Melaka United bakal melayan kunjungan Selangor pada 27 September ini sebelum menanti Kelantan pada 28 Oktober nanti.

No comments

Powered by Blogger.