Header Ads

Almeida kekal bimbing Melaka United


Teka teki mengenai masa depan ketua jurulatih, Eduardo Almeida bersama Melaka United akhir terjawab apabila pengendali berasal dari Portugal itu dianugerahkan kontrak lanjutan setahun untuk kekal mengendalikan pasukan mengharungi kempen Liga Super musim depan.

Hadir menggantikan Eric Williams pada pertengahan musim, Almeida berdepan tugas berat untuk memastikan Melaka United kekal di Liga Super biarpun pada satu ketika situasi pasukan agak genting di zon penyingkiran.

Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menerusi kenyataan semalam berkata, selain daripada lanjutan kontrak, Almeida juga diperkuatkan dengan barisan staf kejurulatihan baharu yang bakal menjadi tulang belakang dalam pembentukan pasukan dan skuad remaja.

"MUSA melanjutkan kontrak Almeida untuk saingan Liga Super 2018. Ketibaan beliau pada pertengahan musim membantu Melaka United keluar daripada zon penyingkiran dan menduduki tempat ke-8 di Liga Super. Semoga dengan kontrak baru ini, Almeida dapat memberi saingan di Liga Super tahun hadapan.

TIMBALAN PRESIDEN MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi (tiga dari kiri) bersama staf kejurulatihan Melaka United.
Sementara itu, Miguel Jose Leite dari Portugal telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal untuk memperbaiki struktur bola sepak Melaka dari peringkat Liga Super hingga ke program akar umbi.

Vladmir Gramblicka dari Slovakia pula dilantik sebagai fisio sementara Joao Pedro Baptista dari Portugal dilantik sebagai pelatih fizikal untuk pasukan bagi musim 2018. 

"Semoga perlantikan mereka dapat membantu pasukan Melaka United bukan sahaja untuk saingan Liga Super musim 2018 bahkan perkembangan akar umbi untuk dijadikan pelapis di masa yang akan datang," katanya.


No comments

Powered by Blogger.