Header Ads

Dua penjaga gol baharu diikat Melaka United


Posisi penjaga gol yang merupakan antara penyebab kepada prestasi terumbang-ambing pasukan musim ini kini diperkukuhkan selepas Melaka United menandatangani dua penjaga gawang baharu.

Mohd. Faridzuean Kamaruddin ditandatangani daripada Sime Darby FC sementara seorang lagi penjaga gol, Zamir Selamat puka tiba dari PKNS FC bagi bersama-sama mencipta skuad ampuh menjelang pembukaan musim baharu Liga Super tahun depan.

Mohd. Faridzuean bersalam dengan Eduardo Almeida selepas menandatangani kontrak bersama Melaka United.
Seakan mengambil pengajaran seperti musim ini, Melaka United nampaknya mengambil langkah awal dalam mendapatkan pemain sebaik sahaja kempen Liga Malaysia berakhir bulan lalu.

Pengalaman Effendy Kamsah ditagih dalam membentuk penjaga gol terbaik.
Selain menandatangai dua penjaga gol baharu, Melaka United turut menandatangani jurulatih penjaga gol baharu, Effendy Kamsah dari Felda United untuk melatih barisan skuad hijau putih bagi menghadapi saingan 2018.

Mohd. Faridzuean merupakan antara tonggak utama Sime Darby FC musim lalu dalam kancah Liga FAM dimana penjaga gol muda berusia 22 tahun ini pernah dipanggil ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA 2017 (KL 2017).

Zamir Selamat intai selaku pemegang jersi nombor 1 Melaka United.
Zamir Selamat pula tentunya satu nama yang tidak asing lagi dalam bola sepak tempatan apabila pernah beraksi untuk Harimau Muda, Johor Darul Ta'zim (JDT), Perak dan PKNS FC.

Pastinya menjadi satu persaingan menarik antara kedua-dua penjaga gol baharu ini dalam merebut satu tempat sebagai benteng terakhir Melaka United musim depan. Siapa bakal jadi pilihan?

Foto: MUSA

No comments

Powered by Blogger.