.

.

Ghaddar masuk, Simic dan Souza ucap selamat tinggal


Teka-teki mengenai masa depan tonggak import akhirnya terjawab apabila Melaka United mengumumkan bahawa tidak akan menyambung kontrak tiga pemain luar sedia ada.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United memberitahu, kontrak Marco Simic, Jasmin Mecinovic dan Felipe Almeida de Souza tidak disambung sementara tonggak import dari Korea Selatan, Jeon Woo- Young dikekalkan untuk musim depan.

Jeon dikekalkan bagi membantu pasukan musim depan.
Jeon merupakan rekrut awal musim oleh ketua jurulatih terdahulu, Eric Williams sementara tiga pemain import yang digugurkan diambil pada pertengahan musim bagi menggantikan Ilija Spasojevic, Godwin Antwi dan Sergio Aguero.

Simic digugurkan biarpun konsisten di depan gawang.
Biarpun sebelum ini ada menyatakan hasrat kekal di Melaka, Simic yang konsisten sepanjang tempoh enam bulan dengan menjaringkan 12 gol dalam 15 perlawanan tetap diketepikan dan tempatnya bakal diisi penyerang import dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammed Ghaddar.

Ghaddar yang baharu menyertai JDT pertengahan musim lalu dikatakan merupakan sasaran utama Melaka United selepas penyerang berasal dari Lubnan itu meledak lima gol dalam sembilan penampilan bersama juara Liga Super tersebut.

Namun, timbul persoalan adakah permintaan gaji Ghaddar yang tinggi sekitar RM170,000 hingga RM200,000 bakal memberikan masalah kepada Melaka United.

Satu pencaturan yang berisiko sama seperti tindakan mengambil Mohd. Amri Yahyah musim lalu dan diharapkan jika Ghaddar dibawa masuk secara pinjaman atau tetap, dia tetap boleh beraksi menentang JDT, jika tidak mengalami kecederaan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.