Header Ads

Hvala ti Simic...


Masih ingat lagi pada beberapa terakhir sebelum jendela perpindahan pertengahan musim ditutup, Melaka United berdepan detik cemas mencari penyerang baharu bagi menggantikan Ilija Spasojevic yang kurang menjadi pada separuh pertama musim ini

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi ketika dihubungi ketika itu memberitahu, penyerang import dari Nigeria, MacPherlin Dudu Omagbeni gagal mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Situasi tersebut pastinya mengundang rasa cemas pengurusan Melaka United lantas mengambil keputusan melakukan sesi pemilihan tiga penyerang import termasuk seorang pemain yang digugurkan Negeri Sembilan, Marko Simic.

Simic ketika membantu Melaka United menundukkan Sarawak di Stadium Hang Jebat.
Menurut laporan, Simic dilepaskan Negeri Sembilan kerana mempamerkan aksi kurang menyakinkan dengan nisbah gol per perlawanan yang agak rendah.

Keputusan Melaka United menandatangani Simic disifatkan satu perjudian apatah lagi ketika itu pasukan tidak mempunyai ketua jurulatih selepas merehatkan Eric Williams beberapa hari sebelun menentang Felda United di Jengka.

Namun, selepas separuh musim bersama Melaka United, Simic berjaya menambat hati penyokong skuad hijau putih ini menerusi jaringan penting yang secara tidak langsung membantu pasukan menamatkan saingan di tangga kelapan musim ini.

Simic mecipta hubungan baik dengan penyokong Melaka United.
Berakhirnya musim ini, Mohd. Yusoff tanpa berselindung mengumumkan melepaskan tiga tonggak import seperti Simic, Jasmin Mecinovic dan Felipe Almeida de Souza sementara Jeon Woo-Young pula dikekalkan.

Simic ketika dihubungi berkata, dia tidak faham kenapa pengurusan menggugurkannya sedangkan rekodnya bersama Melaka United jauh lebih baik berbanding ketika bersama pasukan jiran.

Katanya, dia mahu kekal membantu musim depan dan mengenepikan isu kenaikan gaji bagi menandatangani kontrak baharu.

"Nampaknya mereka tidak mahu menawarkan kontrak baharu, saya tidak dapat lihat apa alasan mereka.

Simic muncul antara penyerang prolifik di Liga Super.
"Saya mahu kekal di Melaka United musim depan. Saya tidak faham (apa yang berlaku). Ganjaran atau gaji bukan satu masalah apatah lagi statistik jaringan cukup membuktikan kemampuan saya.

"Apapun saya bangga dengan apa yang telah dilakukan di Melaka United. Saya doakan kejayaan ketua jurulatih dan pemain," katanya.

Simic menjaringkan 12 gol dalam 15 perlawanan untuk membantu Melaka United keluar dari zon penyingkiran sekali gus menamatkan saingan di tempat kelapan Liga Super.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.