Header Ads

Intai peluang pinjam Gopinathan, Chanturu


Selepas beberapa pemain mengumumkan keputusan meninggalkan Melaka United musim ini, pastinya beberapa muka baharu diperlukan bagi memperkuatkan pasukan bagi memastikan sasaran kelompok lima teratas Liga Super terlaksana.

Susulan daripada itu, Melaka United yang baharu sahaja menyambung kontrak ketua jurulatih, Eduardo Almeida merangka perancangan dengan sekali lagi membawa masuk beberapa pemain secara pinjaman daripada pasukan jiran, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Jika di pertengahan musim ini, dapat disaksikan kontijen JDT seperti Nicholas Swirad, Mohd. Fandi Othman dan Mohd. Azinee Taib menyertai Melaka United secara pinjaman sehingga akhir musim namun kali ini beberapa nama lebih besar dijangka dibawa masuk ke Melaka United.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, kelab itu kini mengintai dua pemain sayap, R. Gopinathan dan S. Chanturu untuk memperkuatkan pasukan.

Mohd. Yusoff Mahadi (tiga, kiri) bergambar bersama stad kejurulatihan Melaka United di Stadium Hang Jebat, semalam. 
Menurut beliau, usaha itu masih diperingkat perbincangan dan segala butiran akan didedahkan sebaik urusan antara kedua-dua pasukan selesai.

Tambah Mohd. Yusoff, selain dua pemain berkenaan, Melaka United turut mengintai beberapa pemain lain khususnya penjaga gol yang merupakan antara posisi yang bermasalah musim ini selepas melepaskan 46 gol.

"Kesemua senarai pemilihan pemain untuk musim depan diserahkan kepada Almeida. 

"Namun, segalanya bergantung kepada keputusan akhir atas persetujuan semua pihak termasuk pemain yang dilanjutkan kontrak bersama pasukan," katanya yang dipetik daripada laporan Kosmo!

Foto: Utusan Online, MUSA
Powered by Blogger.