Header Ads

Melaka United bakal lakukan rombakan besar


Selepas mengharungi kempen terumbang-ambing musim ini, Melaka United dijangka melakukan rombakan besar-besaran bagi membina skuad mantap yang mampu memberi saingan dalam kancah Liga Malaysia 2018.

Selepas berbelanja kira-kira RM14 juta musim ini, pasukan kendalian Eduardo Almeida dijangka bakal membawa ramai muka baharu selepas menerima tambahan RM3 juta daripada bajet musim lalu, menjadi jumlah keseluruhan kepada RM17 juta.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi berkata, jumlah tersebut merupakan anggaran awal bajet pasukan mengikut perencanaan untuk memiliki pasukan yang lebih ampuh.

Pasukan Melaka United bakal dirombak akhir musim ini.
Kata Mohd. Yusof, untuk tahun kedua di Liga Super, kelab akan lebih teliti dalam hal pemilihan dan pengambilan pemain dengan memberi fokus dalam memiliki pemain berkualiti.

“Kesilapan pada musim ini tidak akan diulangi dan kali ini kami hanya mengenal pasti bintang terbaik sahaja untuk disenaraikan.

“Tugas utama Almeida adalah menyenaraikan pemain yang menepati kehendak dan perancangannya dan paling penting, tidak menyenaraikan bintang ‘tempang’ seperti berlaku sebelum ini,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro semalam.

Sepanjang musim ini, Melaka United berdepan pelbagai masalah sehingga mengambil keputusan menggugurkan ketua jurulatih, Eric Wiliams serta menggantikan tiga pemain import ketika jendela perpindahan Jun lalu kerana tidak serasi dan gagal menepati kehendak pasukan terbabit.

Melaka United bangkit di akhir musim untuk kekal di Liga Super
Mohd. Yusoff berkata, Almeida diberi kepercayaan sekali lagi memilih pemain terbaik memandangkan rekodnya dalam memilih penyerang Croatia, Marco Simic, Felipe de Souza (Brazil) dan Jasmin Macenovic (Macedonia) menepati matlamat dengan membantu skuad terbabit kekal di Liga Super 2018.

Sehingga kini, beberapa pemain Melaka United sudah pun memberikan bayangan tidak bersama lagi pasukan musim depan susulan daripada persembahan hambar dan kurang aksi bersama pasukan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.