.

.

Stadium yang 'menggilakan' di Asia Tenggara - FFT


Selepas menobatkan dua stadium tempatan, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos, Johor antara 10 stadium terbaik di Asia Tenggara, majalah bola sepak antarabangsa, Four Four Two (FFT) menerusi artikel terbaharunya memilih lima stadium atau gelanggang yang disifatkannya 'gila' di rantau ini.

Stadium Hang Jebat yang merupakan gelanggang Melaka United merupakan satu-satunya stadium di negara ini yang diberikan tumpuan majalah berkenaan bersama empat lokasi unik lain seperti The Float at Marina Bay di Singapura, Stadium Can Tho (Vietnam), gelanggang tidak bersimetrik Khlong Toei (Thailand) dan padang terapung Ko Panyee (Thailand).

Pelancong melihat dari jauh kedudukan padang terapung di Ko Panyee.
FFT menerusi laporan Scott McIntyre dan Matthew Mohan melaporkan Stadium Hang Jebat yang menjadi gelanggang angkat pasukan kebangsaan Syria merupakan antara lokasi yang mempunyai tarikan tersendiri.

Ultras Taming Sari menghidupkan suasan di luar dan dalam stadium.
Menurut majalah berkenaan, perkara paling utama yang menjadikan stadium ini menakjubkan adalah suasana pada hari perlawanan yang dicipta penyokong Melaka United dengan keghairahan dan pelbagai ragam yang hanya dapat disamakan dengan hanya satu pasukan sahaja di negara ini, Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Sekumpulan penjaja di kawasan parkir menjual pelbagai jenis produk daripada makanan yang dimasak segar sehinggalah mafla dan jersi replika dengan Melaka United merupakan satu daripada dua pasukan di negara ini yang mempunyai kedai rasmi yang menjual cenderamata original.

"Ini termasuklah pelbagai t-shirt yang terpampang dengan slogan-slogan termasuklah, 'Hang Jebat-Rumah Kami, Neraka Anda'.

Suara atau sorakan 90 minit tanpa henti UTS memberikan kekuatan sebagai pemain ke-12.
"Beberapa jam sebelum sepak mula, anda sendiri boleh melihat perjalanan atau suasana di sini dengan ribuan penyokong yang diketuai ultras kelab, Ultras Taming Sari (UTS) yang melakukan corteo masuk ke stadium bersama bakaran suar yang menakjubkan sebelum berkumpul di kawasan atau curva mereka," katanya.

FFT melaporkan, di sekeliling dinding stadium pula dihiasi dengan warna hijau dan putih serta mural gergasi yang mengabdikan wajah-wajah pemain generasi terdahulu dan sekarang.

Mural pemain baharu dan lama menghiasi di segenap dinding stadium.
"Kerja-kerja keseluruhan 19 mural berasingan ini dilakukan oleh tidak kurang daripada 96 pelajar universiti yang mengambil masa lebih daripada seminggu untuk disiapkan, menjadikan ini merupakan satu-satunya stadium di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara yang mempunyai mural seperti ini.

Wajah Ilija Spasojevic turut diabadikan di dinding stadium sebagai tanda penghargaan sumbangannya bersama pasukan.
"Merupakan satu latar belakang yang jelas dan dinamik, berbeza dibandingkan dengan tembok konkrit yang membosankan dan kurang insipirasi berbanding ketika berada di Stadium Hang Jebat," ujarnya. 

Foto: FFT, UTS, MUSA
Powered by Blogger.