.

.

Jasmir ikut jejak Md. Noor Derus ke TCFC


Bekas pemain Melaka United, Jasmir Mehat akhirnya menemui pasukan baharunya apabila sah mengikat kontrak bersama Terengganu City Football Club (TCFC).

Jasmir merupakan seorang pemain sayap kiri yang mempunyai kepantasan lariannya merupakan produk Piala Presiden Melaka United sebelum diserap masuk ke skuad utama pada 2015.

Lebih banyak memanaskan bangku simpanan pada musim lalu, kontrak Jasmir yang berakhir musim ini tidak disambung pengurusan Melaka United menyebabkan anak jati negeri itu terpaksa angkat kaki mencari pasukan baharu bagi musim 2018.

Menurut sumber, Jasmir turut menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain namun akhirnya bersetuju berhijrah ke Terangganu bersama TCFC yang bertanding dalam divisyen tiga, Liga FAM.

"Jasmir yang mendapat jolokan lipas kudung dalam kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya Melaka United sah menyertai TCFC bagi mengharungi kancah Liga FAM musim depan.

"Beliau belum pernah beraksi untuk mana-mana pasukan selain Melaka United biarpun telah 10 tahun dalam bola sepak. Namun, di atas kebijaksanaan rundingan TMT (Tuan Muda), beliau memilih untuk beraksi bersama TCFC," kata wakil TCFC, Badrul Hanapi menerusi akaun Instagramnya semalam.

Md. Noor (kiri) selepas menandatangani kontrak bersama TCFC.
Penghijrahan Jasmir ke pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu turut diserta bekas jurulatih skuad Piala Presiden Melaka United yang juga pemain lagenda Terengganu, Md. Noor Derus.

THFC yang dibimbing bekas rakan sepasukan Md. Noor, Roshadi Wahab turut dibarisi dua bekas pemain Melaka United seperti Reeshafiq Alwi dan penjaga gol, Syazwan Yusof.

Foto: IG Badrulhanapi
Powered by Blogger.