Header Ads

Binh Duong ikat Melaka United


Melaka United membuka tirai siri Jelajah Vietnam dengan keputusan seri apabila diikat pasukan divisyen satu negara itu, Becamex Binh Duong 1-1 dalam aksi di Stadium Go Duong, Hanoi petang tadi.

Selepas mengharungi tiga aksi pemanas badan di Malaysia yang menyaksikan skuad bimbingan Eduardo Almeida itu merekodkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, perlawanan pramusim di negara ASEAN itu dilihat sebagai medan menguji kewibaan dan kemampuan pemain serta mengembalikan semula kecergasan mereka.

Ksebelasan utama Melaka United menentang Binh Duong.
Dalam aksi menentang Binh Duong yang kini dikedudukan ke-14 dalam Liga Vietnam, Eduardo menyenaraikan  Mohd. Faridzuean Kamarudin sebagai benteng terakhir dan dibantu empat tonggak pertahanan, G. Puvaneswaran, Steven Tricot, Nicholas Swirad dan Khair Jefri Jones.

Woo-Young cuba melepasi kawalan pemain lawan.
Sementara di bahagian tengah pula menyaksikan Almeida menurunkan gandingan trio import, Tiago Gomez, Shahdan Sulaiman dan Jeon Woo-Young dengan di bahagian sayap pula dibarisi skipper, R. Surendran dan Ahmad Fakri Sa'arani yang ditugaskan membantu penyerang tunggal, Yahor Zubovich.

Zubovich (kiri) turun kali pertama sebagai pemain Melaka United.
Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan namun sebaik bermula babak kedua, tuan rumah berjaya memecah kebuntuan untuk gol pertama pada minit ke-46.

Melaka United cuba bangkit selepas itu dan turut membuat beberapa pertukaran dengan memasukan beberapa tenaga baharu seperti Nurshamil Abdul Ghani, R. Gopinathan, S. Chanturu, Mohd. Farderin Kadir, S. Sivanesan dan buruan gol penyamaan hanya hadir pada minit-minit akhir perlawanan.

Chanturu cuba mengatur gerak dari sebelah sayap kanan.
Gol tunggal pelawat dijaringkan pemain pertahanan, Swirad yang berjaya menanduk masuk gol pada minit ke-92 bagi memastikan Jelajah Vietnam Melaka United tidak bermula dengan langkah kiri.

Gerakan Nurshamik ke arah gol digagalkan penjaga gol lawan.
Selepas aksi tersebut, pasukan Liga Super Malaysia ini akan bertandang ke Stadium Ben Luc menentang Long An FC sebelum mengakhiri siri jelajah bertemu Can Tho FC di Stadium Can Tho dua hari kemudian.

Semoga siri jelajah Vietnam ini bakal memberikan   Almeida peluang terbaik dalam membentuk pasukan sama ada dalam aspek taktikal, kecergasan dan sebagainya.

Gopinathan turut diberikan peluang beraksi dalam Jelajah Vietnam.
Keputusan perlawanan bukanlah kayu ukur terhadap kemampuan pasukan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim ini dan diharapkan agar pemain-pemain baik baharu yang lama dapat mengadaptasi corak atau falsafah permainan yang diterapkan ketua jurulatih sepanjang berada di sana.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.