.

.

Pemain B-19 Melaka United dipanggil Bojan Hodak


Pemain tengah skuad bawah 19 tahun (B-19) Melaka United, Muhammad Ridhwan Mohd. Nazri terpilih menjalani latihan skuad B-19 kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih, Bojan Hodak.

Sesi latihan dan pemilihan itu dibuat sebagai rangka persiapan skuad muda negara bagi menghadapi Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Indonesia.

Muhammad Ridhwan yang berasal dari Mentakab, Pahang menjadi satu-satunya pemain Melaka United yang dipanggil menyertai latihan pusat skuad itu yang akan diadakan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula dari 15 hingga 29 Januari ini.

Muhammad Ridhwan berkata, di bersyukur selepas terpilih menyertai sesi latihan pusat berkenaan selepas terlepas aksi kelayakan Kejohanan Bola Sepak AFC di Korea Selatan kerana memberikan tumpuan terhadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pemilihan Muhammad Ridhwan diharapkan mampu membangkitkan semangat rakan sepasukan untuk terus beraksi cemerlang.
“Pemilhan kali ini tidak akan dipersiakan bagi merebut tempat dalam Skuad B-19 kebangsaan yang akan membawa cabaran negara dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

“Sekiranya terpilih, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menempatkan diri dalam kesebelasahan utama pasukan,” katanya menerusi Facebook rasmi Melaka United semalam.

Sementara itu, jurulatih skuad muda Melaka United, Rashid Mahmud berkata, dia bersyukur apabila ada pemain bimbingannya terpilih menyertai sesi berkenaan.

“Alhamdulillah rezeki dia, saya nampak potensi Ridhwan mampu pergi lebih jauh dalam bolasepak. Pengalamannya di Sekolah Sukan Malaysia Pahang selain pernah beraksi pada Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asia di Iran banyak meningkatkan potensi dan kematangannya.

“Dalam aspek teknik dan mutu permainan pula beliau memang layak untuk mewakili Malaysia dan saya menasihatkannya supaya buat yang terbaik untuk terpilih membarisi pasukan B-19 negara,” kata.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.