.

.

TFC dedah kelemahan anak buah Almeida


Bayangan kesebelasan utama untuk skuad Melaka United bagi mengharungi kempen Liga Malaysia tahun ini semakin jelas selepas mengharungi beberapa aksi pramusim dan dua perlawanan di Kejohanan Empat Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu.

Tiago Gomez dikawal pemain lawan bagi mengelakkannya mencipta banyak peluang untuk Melaka United.
Jika aksi menentang Pahang semalam, Melaka United jelas begitu dominan namun rombakan kecil dalam kesebelasan utama menentang Terengganu Football Club (FC) jelas menampakkan kepincangan apabila dibelasah 0-5 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Beberapa pemain seperti Muhamad Faizal Muhammad, Mohd. Azmi Muslim, S. Chanturu, Mohd. Fauzi Roslan dan Nurshamil Abd. Ghani tampil disenaraikan dalam kesebelasa utama sementara pemain lain ketika menewaskan skuad Tok Gajah dikekalkan.

Yahor Zubovich masih mncari keserasian bersama rakan sepasukan.
Turun mengenakan jersi berwarna kuning-oren, Melaka United tampak pincang dan tercari-cari rentak sehingga membolehkan lawan menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama, secara tidak langsung mengingatkan prestasi hambar musim lalu.

Shahrul Aizad membuka tirai jaringan pada minit pertama perwanan disusuli gol kedua oleh Igor Zonjic (25'), Kipree Tchetchee (28') dan Lee Andrew Tuck (44') sebelum gol kelima tuan rumah dijaringkan oleh S. Chanturu pada minit ke-90.

Melaka United bakal menamatkan saingan kejohanan ini dengan menentang Terengganu FC II pada 19 Januari. Dua pasukan teratas liga bakal berentap dalam aksi akhir yang dijadualkan pada 20 Januari.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.