Header Ads

TRW bertandang ke Jebat aksi pembukaan Liga Super


Bertemu lawan sama dalam aksi 'penutup' kempen Liga Super musim lalu, Melaka United dijadualkan membuka tirai kejohanan bertemu Kelantan di Stadium Hang Jebat, pada 3 Februari depan.

Pasukan bimbingan Eduardo Almeida itu tunduk 1-3 dalam pertemuan tersebut sekali gus membantu The Red Warriors terselamat daripada terjerumus ke Liga Premier.

Perlawanan kedua menyaksikan Melaka United bakal bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Selangor empat hari kemudian sebelum melayan kunjungan jiran tetangga, Negeri Sembilan pada 11 Februari.

Nurshamil Abd. Ghani bakal bertemu bekas pasukannya, Selangor dalam aksi kedua Liga Super.
Cabaran besar menanti Melaka United di perlawanan keempat apabila bakal bertandang ke Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos, Larkin menentang penyandang juara, Johor Darul Ta'zim pada 24 Februari.

PKNP bakal menguji kekuatan anak buah Almeida pada 11 Mac sebelum bertemu Kuala Lumpur pada 31 Mac di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk perlawanan ketujuh dan kelapan, Melaka United bakal beraksi dua perlawanan berturut-turut di halaman sendiri apabila bakal berdepan Kedah dan Terengganu FC pada 3 dan 13 April.

Yahor Zubovic (kiri) perlu segera bentuk keserasian bersama rakan sepasukan.
Bersambung selepas itu, Melaka United yang menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga kelapan bakal ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang pada 28 April sebelum menentang Perak pada 2 Mei di halaman sendiri.

Selang tiga hari kemudian, Melaka United akan ke Stadium Shah Alam menentang PKNS FC sebelum meneruskan perjalanan ke utara menentang Perak pada 12 Mei depan.

Jadual perlawanan oleh FMLLP:-




Foto: MUSA

No comments

Powered by Blogger.