Header Ads

Anda wira kami semua!


Biarpun gagal dalam misi mencuri sekurang-sekurangnya satu mata di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi, namun pasukan Melaka United mendapat satu 'kemenangan' berharga ketika perjalanan pulang ke Melaka.

Melaka United dalam perjalanan pulang dari perlawanan menentang JDT malam.
Ketika menggunakan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) awal pagi tadi selepas tunduk 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), bas pasukan terserempak dengan sat
u kemalangan membabitkan sebuah kenderaan berhampiran susur keluar Pagoh.

Atas sifat kemanusiaan yang tinggi, bas pasukan berhenti di tepi lebuh raya bagi memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terdiri daripada dua wanita yang dilaporkan mengalami cedera ringan.

Bantuan awal diberikan terhadap mangsa kemalangan.
Bantuan perubatan itu diberikan oleh pasukan perubatan Melaka United diketuai Dr. Adivan dan dibantu oleh dua staf fisioterapi, Vladimir Gramblica dan Rozairen.

Pemain dan pegawai pasukan menunggu di tepi lebuh raya ketika pasukan berubatan memberikan bantuan kepada mangsa.
Pasukan itu dilaporkan menunggu sehingga bantuan PLUS dan ambulan tiba bagi membantu membawa mangsa ke hospital sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Seorang penyokong, Mohd. Farizul Mohd. Hairi berkata, biarpun keletihan selepas mengharungi perlawanan sukar di Larkin, pasukan itu masih lagi mahu membantu mangsa kemalangan.

Dua mangsa kemalangan dilaporkan sekadar mengalami kecederaan ringan.
"Dalam pada masih penat selepas di padang anda semua sanggup melaksanakan tugas murni ini. Semoga anda semua dibalas dengan kebaikkan," katanya di akaun Facebook rasmi Melaka United.

Syabas diucapkan buat pasukan Melaka United yang menunjukkan sifat kemanusiaan yang tinggi bagi membantu menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan. Biarpun tewas, anda wira di hati semua!

Foto: MUSA

No comments

Powered by Blogger.